Blade Grip D500
Hmmm.. dah lama tak update blog ni…. sibuk la sikit minggu-minggu lepas ni, dengan Rayanya…. dengan promosi Dragonusnya….. dari sehari ke sehari nak update share pasal Blade grip D500 ni….
Kalau dilihat secara kasar memang tak nampak banyak beza, tapi bila dilihat dengan lebih teliti, ada sikit perbezaan dari segi clearencenya.
D500 memperuntukkan ruang yang lebih lebar berbanding 3DX500. Jadi blade standard 425 akan menjadi sedikit renggang bila digunakan tanpa spacer.
Mungkin tak berapa jelas perbezaananya, tapi bila kita letak blade baru boleh nampak perbezaannya macam ni…
Dapat dilihat dengan jelas, ada ruangan setebal 0.5mm pada blade grip D500 berbanding 3DX500.
Kalau nak di ketatkan sahaja skru pada D500, mungkin akan merosakkan blade grip tu kerana akan membengkokkan blade grip tu sendiri.
Grip yang tidak selari akan juga merosakkan blade dan ini amat merbahaya terutama blade 425 ni lebih berat berbanding 325!!! kalau terputus….. adus……!!!!
Dalam kes ni, faktor keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititkberatkan.
Untuk itu, kita perlukan spacer supaya gap tu boleh diatas. Tapi mana nak dapat spacer untuk 500 size heli ni?
Buntu gak sekejap… hmmm sememangnya Bulan Syawal ialah bulan kemenangan :)… masa pergi rumah Jay beraya, nampak lah pulak bekas Tau-foo-fa…. haa.. kalau kerat ni boleh bikin spacer nih…. lalu siap lah spacer buatan tangan sendiri (SBTS heheh macam ZBTS lah pulak
)
Dan beberapa lagi gambar ..
No Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL






