Oct
17
2008
0

Tambah2 skit

Hari plak nak citer pasal bateri tray dan 9257 servo mount. Memandangkan tempat servo untuk dragonus ni kat dalam body, maka terpaksalah aku tambah servo mount tu sebab nak guna gak 9257 nih…Bateri tray tu aku tambah sebab nak senang bila letak bateri, maklumlah saiz bateri tak sama dan nak senang dapatkan CG..Ni ada gambar Nagaku yg dah siap pasang electronik…emmm tapi gambar tak cantik sbb ambil dengan HP jek..

servo mount

Written by kprts in: MyDragonus/DragonusKu |
Oct
16
2008
0

Main Frame

Hari aku nak cerita skit tentang main frame atau body nagaku ini. Pada mulanya aku terpikat dengan dragonus performance kit ni bila tengok main frame nya, nampak macam carbon gitu walaupun ianya dipanggil 1.5mm thick frame (fibreglass). Kit ni pun datang dengan metal swashplate dan metal center hub. Landing skid pun warna hitam, kira cun bagi pandangan aku.

Written by kprts in: MyDragonus/DragonusKu |
Oct
15
2008
2

Dragonus NV II Performance Kit

Ni saja nak test…Ni lah gambar Naga aku…

Written by kprts in: MyDragonus/DragonusKu | Tags:
Oct
10
2008
0

Menggantikan Rotorhead 3DX500 dengan D500

3DX500 Rotorhead

3DX500 Rotorhead

OK, hari ni kita nak try masukkan rotorhead D500 ke 3DX500. Sebelum tu, kita kaji dulu perletakan rotorhead 3DX500 dari segi swashplate dan sebagainya.

3DX500 mempunyai anti-rotation guide pin yang berasing berbanding D500. Ia ada 3 ball untuk cyclic dan satu anti-rotation guide pin.

Jadi kalau nak masukkan rotohead D500, terpaksa terbalikan anti-rotation guide rail ke belakang sebab anti-rotation D500 disekalikan dengan pitch ball-link sebagai satu unit.

D500 Rotorhead pada frame 3DX500

D500 Rotorhead pada frame 3DX500

Bagi memudahkan pemasangan, kita gantikan swasplate D500 dengan 3DX500, jadi tak perlu buat sebarang modifikasi kepada frame 3DX500 tu :D. Shaft pun guna shaft 3DX500.

Ketinggian lubang pin kunci main shaft juga berada pada paras yang sama. So tak perlu nak adjust main-shaft atau lubang tambahan.

Dan beberapa gambar lain lagi D500 rotorhead menggunakan frame 3DX500:

D500 on 3DX500 Frame #1

D500 menggunakan Frame 3DX500 #1

D500 menggunakan Frame 3DX500 #2

D500 menggunakan Frame 3DX500 #2

D500 menggunakan Frame 3DX500 #3

D500 menggunakan Frame 3DX500 #3

D500 mnggunakan Frame 3DX500 #4

D500 mnggunakan Frame 3DX500 #4

Written by Rotohead in: Ketibaan Dragonus 500, Terkini |
Oct
09
2008
0

Prototaip D500 Rotorhead

Letih betul rasanya lepas balik dari kerja… sampai rumah terus masuk bilik… niat dihati nak berbaring-baringan la dulu…. lelap-lelap kan mata sikit…. letak beg komputer kat meja… tetiba.. ehh… apa pulak kotak putih ni… macam kenal jer kotak ni, ni macam kotak Dragonus Pro jer ni….

Sah dari RCer… tetiba jer hilang rasa letih… terus cari cutter blade - kotak dibuka… fullamak… prototype D500 Rotorhead dah sampai … seperti yang RCer janjikan… Kat kotak tu bertarikh 7 October 2008…

Ni dia Prototype D500 Rotorhead tu

D500 Rotorhead #1

Prototype D500 Rotorhead #1

Lubang Tambahan pada D500

Lubang Tambahan pada D500

Kalau di perhatikan secara dekat, tak banyak bezanya D500 dengan D450 ni dari segi design. Size pitch levernya pun lebih kurang sama jer sizenya.

Perhatikan pada pitch lever tu, pada bahagian yang bersambung dengan flybar, kita akan dapat lihat ada satu lubang tambahan - ini bermakna, kita ada satu lagi setting tambahan yang boleh dicuba.

Sekiranya kita gunakan lubang paling dalam, maka respons heli kita akan jadi lebih jinak dan ini memudahkan pilot baru untuk belajar hovering ??? ye ke? Bang Umran… komen sikit

Perbezaan Pitch lever D450

Perbezaan Pitch lever D450.

Seperti yang dilhat dalam gambar sebelah tu, D450 hanya ada dua lubang untuk head settingnya.

Sejauh mana perbazaan bila guna setting baru ni, kita pun tak tau lagi… hujung minggu ni baru nak test.

Nak test macam mana? frame tak de…. haa… kita akan guna 3DX500 kita tu. Dari segi main gear system sama jer macam D500, guna direct belting. So nanti malam kita try tengok macam mana nak buat. :D

Kalau ada sesiapa nak bagi pinjam Trex500 untuk dijadikan bahan ujikaji… amatlah dialu-alukan ;)

Di bawah ni ada beberapa lagi gambar untuk tatapan semua…:)

Protoype D500 Rotohead #2

Prototype D500 Rotorhead #2

Prototype D500 #3

Prototype D500 #3

Prototype D500 Rotorhead #4

Prototype D500 Rotorhead #4

Written by Rotohead in: DII450 Elite, Ketibaan Dragonus 500 | Tags:
Oct
08
2008
0

Dragonus 500… swashplate system

Selamat Hari Raya…. Maaf Zahir dan Batin…..

Maaf sekali lagi… sebab lambat sambung cerita pasal D500 ni… al-maklum ler… masa tu dah nak raya… Jadi, raya pun dah lepas, kita nak sambung balik pasal D500 ni.

D450 vs. D500 Swashplate

D450 vs. D500 Swashplate

Swashplate D500 ialah yang di sebelah kanan. yang berdiameter shaft lebih besar. Perbazaan utama ialah D500 hanya mempunyai 3 ball berbanding 4 pada D450.

Pada D450, 3 digunakan untuk cyclic dan 1 untuk anti-rotation guide. Tetapi pada D500, anti-rotation guide disatukan dengan ball elevator. Salah satu kebaiknnya ialah penjimatan dari segi penggunaan ball ;)

Ini secara tidak langsung memberikan gambaran awal rupa kerangka utama D500… sudah semestinya anti-rotation guide railnya akan berada dibelakang, seperti ini…

D500 Rotohead on H425

D500 Rotorhead on Huricane H425

atau, aileron dan pitch akan berubah ke belakang - mungkin….

Written by Rotohead in: Ketibaan Dragonus 500 | Tags:

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes