Sep
26
2008
0

Selamat Datang Ke MyDragonus

MyDragonus diwujudkan dengan tujuan supaya pemilik-pemilik Dragonus di Malaysia boleh berkumpul dan bertukar pendapat mengenai set-up dan juga apa-apa sahaja perkara berkaitan Dragonus.

Para pemilik Dragonus boleh mendaftarkan diri di sini secara percuma dengan syarat, anda adalah salah seorang pemilik Dragonus yang sah :).

Selain bertukar maklumat menerusi laman blog ini, ahli kelab MyDragonus juga akan menikmati *diskaun sebanyak 5% ke atas setiap pembalian barang RC di Kedai RC Online Free-Fliers. Free-Fliers ialah merupakan pengedar tunggal Dragonus di Malaysia.

Selain dari Free-Fliers, alat ganti dan Kit Dragonus juga boleh di dapati di NextRC.

Kami juga akan memuatkan perkembangan terkini dari RCer - pengeluar Dragonus di Taiwan mengenai produk terbaru, penambahbaikan serta tips dan panduan agar pemilik Dragonus di Malaysia dapat merasai kehebatan Dragaonus masing-masing ke tahap maksima.

*Sila rujuk terma dan syarat di laman web Free-Fliers.
Written by Rotohead in: Terkini |
Sep
26
2008
0

Dragonus 500 akan tiba….

Baru-baru ini (dalam sehari dua yang lepas) saya berchatting dengan Asoka, tauke RCer dari Taiwan, selain dari membincangkan mengenai strategi pemasaran yang perlu kami lakukan, dia jugak bercerita serba sedikit pasal D500 (Dragonus 500).

Hmmm….. D500…. menarik nih…. so banyak gak la yang saya tanya dari segi design dan harga. Kalau ikut apa yang RCer kata, D500 akan dilancarkan tak lama lagi… kita semua pun sebenarnya dah lama jugak la dengar D500 ni nak keluar. Tapi sampai sekarang pun tak keluar-keluar lagi. Apa sebab sebenarnya, saya sendiri pun tak tau…. tapi kalau nak tau detail, boleh tanya Pak Umran kat UmranRC.

Tapi apa yang pasti, RCer memang buat D500 satu komponen demi satu komponen. Sebabnya, mungkin supaya tak perlu keluar banyak replacement version seperti D450. Sehingga ke hari ini, komponen utama D500 - main rototrhead assembly, sedang diuji dan saya dah pun terima beberapa gambarnya…

Sistem Rotorhead D500

Ni gambar main rotorhead assembly nyer… kalau kita perhatikan rekabentuknya akan-akan sama jer dengan metal head D450. Saya rasa semua orang setuju kalau saya katakan, sistem rotorhead Dragonus adalah diantara yang paling stabil, dan mungkin sebab tu jugak RCer terus menggunakan konsep yang sama untuk D500 baru nyer tu.

Perhatikan lever dia, ada beberapa lubang sebagai pilihan untuk pilot memilih samada untuk beginner, intermediate atau pun pro….

Bagi saya, beginner setting ni pun dah cukup bagus…. stable hovering dan dalam masa yang sama cukup baik untuk mula belajar buat 3D maneuver.

Housing Rotorhead D500

Ni pulak gambar main rotohead housing - atau sesetangah orang panggil main rotor hub.

Yang kecik sebelahnye tu ialah main rotorhead housing D450 yang digunakan dalam D450 Pro dan juga Elite.

Ada sedikit perbezaan dari segi design, kalau D450, fixing screw masuk secara diagonal… selain dari sizenyer yang lebih besar ;) .

Sistem Flybar D500

Sistem Flybar D500

Flybar cage juga telah diupgrade dari semi-cage ke full-cage system.

Dengan flybar cage baru ni senang sikit nak buat setup, dah tentu lurus punyer… kalau dulu agak susah sikit…. terkenyik-kenyit mata dbuatnye :D .

Ok ler…. esok sambung lagi pasal swashplate pulak…

Written by Rotohead in: Ketibaan Dragonus 500 |
Sep
26
2008
0

Dragonus 450 NV II Pro

Written by Rotohead in: DII450 Pro |
Sep
26
2008
0

Dragonus 450 NV II Elite

Written by Rotohead in: DII450 Elite |
Sep
26
2008
0
Sep
26
2008
0

Dragonus 450 NV II Plus

Written by Rotohead in: DII450 Plus |

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes