Prototaip D500 Rotorhead
Letih betul rasanya lepas balik dari kerja… sampai rumah terus masuk bilik… niat dihati nak berbaring-baringan la dulu…. lelap-lelap kan mata sikit…. letak beg komputer kat meja… tetiba.. ehh… apa pulak kotak putih ni… macam kenal jer kotak ni, ni macam kotak Dragonus Pro jer ni….
Sah dari RCer… tetiba jer hilang rasa letih… terus cari cutter blade - kotak dibuka… fullamak… prototype D500 Rotorhead dah sampai … seperti yang RCer janjikan… Kat kotak tu bertarikh 7 October 2008…
Ni dia Prototype D500 Rotorhead tu
Kalau di perhatikan secara dekat, tak banyak bezanya D500 dengan D450 ni dari segi design. Size pitch levernya pun lebih kurang sama jer sizenya.
Perhatikan pada pitch lever tu, pada bahagian yang bersambung dengan flybar, kita akan dapat lihat ada satu lubang tambahan - ini bermakna, kita ada satu lagi setting tambahan yang boleh dicuba.
Sekiranya kita gunakan lubang paling dalam, maka respons heli kita akan jadi lebih jinak dan ini memudahkan pilot baru untuk belajar hovering ??? ye ke? Bang Umran… komen sikit
Seperti yang dilhat dalam gambar sebelah tu, D450 hanya ada dua lubang untuk head settingnya.
Sejauh mana perbazaan bila guna setting baru ni, kita pun tak tau lagi… hujung minggu ni baru nak test.
Nak test macam mana? frame tak de…. haa… kita akan guna 3DX500 kita tu. Dari segi main gear system sama jer macam D500, guna direct belting. So nanti malam kita try tengok macam mana nak buat.
Kalau ada sesiapa nak bagi pinjam Trex500 untuk dijadikan bahan ujikaji… amatlah dialu-alukan
Di bawah ni ada beberapa lagi gambar untuk tatapan semua…:)






